Thursday, May 14, 2015

"sejarah PAVLOVA dessert kegilaan ramai"

Assalamualaikum.PAVLOVA. Bercakap tentang pavlova saya yakin pasti anda terliur kan?? Ya lah dessert yg menjadi kegilaan ramai dengan keraknya diluar dan sangat lembut didalam serta dihidangkan dengan buah strawberry/kiwi/berries dan sebagainya..TAPI...Adakah anda tahu dari mana datangnya sebenarnya PAVLOVA ni??PAVLOVA merupakan pencuci mulut yang diperbuat daripada putih telur dan juga gula. Ia dinamakan PAVLOVA sempena dengan nama penari balet Rusia yang bernama ANNA PAVLOVA. Ia adalah satu pencuci mulut dipercayai telah diwujudkan atas penghormatan ANNA PAVLOVA semasa atau selepas lawatan beliau ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920 an.Kerakyatannya menjadi perdebatan antara kedua-dua negara ini selama bertahun-tahun. Penyelidikan rasmi membuktikan bahawa New Zealand adalah negara kerakyatannya.Pencuci mulut ini merupakan hidangan popular dan sebahagian penting daripada masakan kebangsaan kedua-dua negara. Ia sering dihidangkan semsa perayaan dan percutian. Ia juga pencuci mulut paling dikenali semasa musim panas. Tetapi dimakan sepanjang tahun di Australia dan New Zealand.so the point is nama PAVLOVA tu diambil sebab "perdebatan" antara dua buah negara dan "penghormatan" ke atas ANNA PAVLOVA semasa lawatan ANNA PAVLOVA ke New Zealand dan Autralia.Itulah sejarah PAVLOVA..