Friday, September 19, 2014

3 Khasiat Coklat yang kite tidak ambil tahu

COKLAT...



Apakah yang terbayang di fikiran anda apabila orang sebut tentang COKLAT?

Ish! xnaklah makan COKLAT, nanti gemok!
Sedapnye COKLAT!!! gemok pun gemok lah janji sedap!

Kebiasannya mcm tu lah.. COKLAT yang mengandungi koko (biji coklat) lebih 70% mempunyai manfaat untuk kesihatan kita. Ini kerana COKLAT kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavoniod.

Tugas antioksidan di dalam COKLAT adalah membunuh radikal bebas dalam tubuh. Kandungan antioksidan di dalam COKLAT adalah lebih tinggi daripada teh hijau (yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan).

Fenol mampu mengurangkan kandunagn kolestrol dalam darah dan membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung. Justeru secara tidak langsung mampu mencegah wujudnya kanser/darah tinggi dan stroke. Kandungan lemak di dalam COKLAT yang berkualiti terbukti bebas kolestrol dan tidak menyumbat pembuluh darah. Dengan adanya antioksidan, ia menjadikan COKLAT sebagai salah satu minuman kesihatan.

COKLAT juga mempunyai Vitamin yang berguna untuk tubuh badan seperti vitamin A , vitamin B1, vitamin C , vitamin D  dan vitamin E. Selain vitamin COKLAT juga mengandungi zat besi,kalsium dan kalium.Koko sendiri merupakan sumber magnesium semulajadi. 

Jika seseorang kekerungan magnesium masalah seperti hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit sendi dan masalah bulanan wanita (PMS) mudah berlaku.Dengan memakan COKLAT ia mampu menambah magnesium dalam pengambilan nutrien harian yang menyebabkan kadar progestron pada wanita serta mengurangkan kesan negatif daripada (PMS).

Jadi tak perlu ragu untuk makan COKLAT..

Saya memilih COKLAT yang berkualiti dan HALAL untuk semua produk saya. Tambahan lagi pilihan COKLAT saya tidak terlalu manis.





CHOCO CRUNCHY
RM7 / JAR
BOLEH POS


No comments:

Post a Comment